Monday, December 31, 2012

Allah Tidak Pernah Silap



Adakalanya apabila Allah memperlihatkan kepada kita kasih sayang binatang ini terhadap kanak-kanak istimewa tersebut, mungkin ia adalah satu sesi Allah memerli manusia berhati syaitan bahawa ada binatang yang lebih mulia dari syaitan berwajah manusia tersebut.

Ke mana agaknya nilai kemanusiaan kita hari ini? Maka selain Allah memperlihatkan kemuliaan binatang itu dalam menyantuni manusia, Allah mengherdik manusia yang yang bersikap lebih teruk dari binatang!
Firman Allah:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam itu kebanyakannya terdiri daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai” - Al-'Araaf-179.

kredit: daripada Youtube dan Facebook Saudara Mohammad Suffian Bin Talib

Wednesday, December 26, 2012

Sunnah: Adab Makan Rasulullah S.A.W


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Kredit: diambil daripada FB Atikah Tarmizi

Wednesday, December 19, 2012

Persediaan Menghadapi Tahun 2013



sebagai persediaan untuk tahun 2013, kita semua adalah ketua, tidak kira organisasi kita kecil mahupun besar... 

so ini adalah tip menjadi ketua yang tidak dibenci oleh orang bawahan daripada Puan Ainon Mohd...

1. Gunakan teknik-teknik yang betul apabila menurunkan kerja kepada orang bawahan.

2. Apabila menurunkan kerja, turunkan juga kuasa.

3. Jangan 'suruh'. Manusia tidak suka disuruh-suruh.

4. Jangan 'pantau'. Manusia tidak suka dipantau-pantau.

Nota: Begitulah cara Nabi mendorong orang bekerja.