Showing posts with label Teknik Menerangkan Peraturan. Show all posts
Showing posts with label Teknik Menerangkan Peraturan. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Mendorong Murid Corot: Kelas Yang Paling Saya Sayangi

Lokasi: 3 HARMONI (Kelas yang paling saya sayangi)

sedang saya memantau kerja yang diberikan, tiba-tiba semua murid lelaki yang duduk ditepi tingkap menoleh ketingkap sambil berbisik-bisik.

Melihat situasi itu, saya bergerak ke belakang kelas untuk melihat apa yang berlaku, rupanya murid tingkatan 4 yang sedang rehat cuba untuk keluar dari kawasan sekolah, tetapi di halang oleh pengawal keselamatan di hadapan pagar sekolah... berlakulah sedikit balas membalas kata dan suasana menjadi bising...

saya kembali bergerak kehadapan, menarik nafas dan memulakan bicara...

"murid yang baik adalah murid yang menumpukan perhatian di dalam kelas dan menghormati orang lain"

serentak dengan itu, semua murid lelaki menoleh melihat saya, dan meneruskan kerja masing-masing tanpa berkata apa-apa...

melihat situasi itu... saya menambah... "saya sayang anak-anak murid saya dalam kelas ini, sebab semuanya baik dan mendengar kata... semoga Allah berikan kamu kelapangan untuk menerima ilmu yang semua cikgu sampaikan"

mereka semua tersenyum dan meneruskan kerja... =)

disini saya mengaplikasikan dua teknik... teknik yang pertama adalah teknik menerangkan peraturan dan yang kedua adalah teknik memberi ganjaran.

untuk teknik menerangkan peraturan, saya sandarkan hadith Badwi Kencing Di Dalam Masjid

Anas bin Malek melaporkan, pada suatu masa dia dan orang-orang lelaki lain sedang berada di dalam masjid bersama-sama Nabi Muhammad. Tiba-tiba masuklah seorang lelaki Arab dari kampung ke dalam masjid, lalu lelaki itu berdiri dan membuang air kecil. Melihat kejadian itu, sahabat-sahabat Nabi yang ada di situ terus mengherdik lelaki tersebut. Sebaliknya, Nabi Muhammad berkata, “Jangan buat dia terhenti kencingnya. Biarkan sahaja.” Lalu semua yang ada membiarkan sahaja orang kampung itu menghabiskan kencingnya. Selepas itu Nabi Muhammad memanggil lelaki itu dan berkata kepadanya, “Sesungguhnya, di dalam masjid ini tidak boleh kencing ataupun membuang sedikit pun kotoran, sebaliknya hanya boleh berzikir mengingati Allah Azza wajalla, bersembahyang, dan membaca Quran.” Kemudian, Nabi Muhammad menyuruh salah seorang yang ada pergi mengambil air setimba, lalu disirami kecing itu. - Hadith No. 186 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam peristiwa itu, kata-kata yang Nabi Muhammad gunakan bagi memberitahu lelaki itu peraturan di dalam masjid adalah: “Sesungguhnya, di dalam masjid ini tidak boleh kencing ataupun membuang sedikit pun kotoran, sebaliknya hanya boleh berzikir mengingati Allah Azza wajalla, bersembahyang, dan membaca Quran.”

Ciri-ciri kata-kata Nabi Muhammad itu:

1. Nabi Muhammad tidak menyebut perkataan 'kamu' kepada pesalah kencing dengan berkata:

* "Kamu tidak boleh kencing di dalam masjid."
* "Kamu jangan kencing di dalam masjid."
* "Masjid bukan tempat kamu kencing."

Tanpa menyebut perkataan 'kamu', kata-kata Nabi Muhammad itu berbentuk umum, yakni boleh ditafsirkan ia ditujukan kepada semua orang yang ada di situ pada waktu itu.

Ayat yang menggunakan perkataan 'kamu' adalah ayat yang ditujukan kepada diri orang itu, ertinya teguran ditujukan kepada diri, bukan ditujukan kepada perbuatan. Ayat 'kamu' menjatuhkan maruah orang yang ditegur.

begitu juga saya... saya tidak menyebut "kamu semua" sebaliknya saya terangkan peraturan secara umum


"murid yang baik adalah murid yang menumpukan perhatian di dalam kelas dan menghormati orang lain"
ciri-ciri Nabi Muhammad yang lain menurut hadith ini adalah:

2. Nabi Muhammad tidak menasihati lelaki itu dengan berkata:

* "Lain kali kamu jangan kencing lagi di dalam masjid."
* "Ingat, ya. Masjid bukan tempat kencing."

3. Nabi tidak memberi amaran dengan berkata:

* "Kali ini saya maafkan, lain kali jangan diulang lagi."
* "Kalau kamu buat lagi, kamu basuh sendiri kencing kamu itu."

4. Nabi tidak memarahi dengan berkata:

* "Kamu pengotor!"
* "Takkanlah kamu tak tahu ini masjid, bukan tandas!"


manakala untuk teknik yang kedua, iaitu teknik memberi ganjaran, saya aplikasikan berdasarkan Hadith 'Nabi Tidak Dapat Tidur' 

Aisyah melaporkan, katanya, "Pada suatu malam Rasulullah tidak dapat tidur. Lalu beliau berkata, 'Mudah-mudahan ada lelaki soleh daripada kalangan sahabatku yang akan datang menjagaku pada malam ini.' Kemudian kami terdengar bunyi senjata. Rasulullah bertanya, 'Siapakah itu?' Orang itu berkata, 'Saad bin Abu Waqas, wahai Rasulullah.' Rasulullah bertanya, 'Apakah yang membuatkan saudara datang?' Saad menjawab, 'Terdetik dalam diri saya perasaan risau tentang Rasulullah. Lalu saya datang bagi menjaga tuan.' Rasullullah berdoa untuknya, kemudian tidur." - Hadith ini terdapat dalam rekod koleksi sahih Muslim

Nota: Dalam rekod lain dicatatkan bahawa Aisyah melaporkan Nabi Muhammad tidur sampai dia dapat mendengar dengkurannya.

Analisis hadith:

1. Hadith ini menunjukkan teknik bagaimana Nabi Muhammad menyatakan rasa penghargaan kepada seseorang yang telah melakukan kebaikan kepada beliau.

2. Dalam hadith ini Saad bin Abu Waqas secara sukarela menjadi pengawal peribadi dan dia menjaga keselamatan Nabi Muhammad semasa beliau tidur.

3. Nabi Muhammad tidak berkata "Terima kasih." kepada Saad.

4. Nabi Muhammad membalas perbuatan baik Saad itu dengan membacakan doa untuknya.

5. Prinsip yang penting dalam hadith ini adalah: Budi baik dibalas dengan budi baik, bukan dengan ucapan 'terima kasih'.

i. Saad bin Abu Waqas melakukan budi baik untuk Nabi Muhammad. Dia menjaga keselamatan Nabi Muhammad.

ii. Nabi Muhammad membalas budi baik Saad itu dengan melakukan budi baik juga untuk Saad. Beliau membaca doa untuk Saad.

dan disini saya menggunakan teknik yang sama, iaitu mendoakan murid saya:

 "saya sayang anak-anak murid saya dalam kelas ini, sebab semuanya baik dan mendengar kata... semoga Allah berikan kamu kelapangan untuk menerima ilmu yang semua cikgu sampaikan"

sumber: Analisis Hadith Psikologi

Wednesday, January 9, 2013

Mendorong Murid Corot: Kata Mengata

tak sabar, tak sabar dan tak sabar nak update...

lokasi: 3 Harmoni (kelas tingkatan 3 yang paling corot)

Murid A: bapak kau tu dah la kulit belang-belang hitam putih (murid A mengata murid B)

Murid B: elleh, bapak kau tu lagi la, kulit warna pink

Murid C: eh, ape korang ni... diam la aku nak salin ni...

Murid A: eh, diam la kau... bapak kau tu macam "badak", asyik kejar orang saja... (mengata murid C)

Murid C: eh, ni apehal mengata bapak aku pulak, bapak kau tu yang belang-belang hijau kuning merah

suasana menjadi meriah bila semua murid juga turut menyampuk... mulanya saya hanya diam melihat reaksi mereka dan sebenarnya tengah berfikir apa yang perlu saya lakukan... akhirnya saya bersuara...

"baiklah murid... mahukah kamu kalau saya beritahu sesuatu?"

seluruh kelas senyap dan menumpukan perhatian, jadi saya andaikan mereka mahu

"perbuatan mengata, mengutuk dan bercerita keburukan orang lain adalah satu kesalahan dan sebenarnya berdosa" (disini saya hanya menerangkan kesalahan tanpa menegur, melarang serta merujuk kepada sesiapa yang spesifik, penerangan kesalahan saya adalah secara umum)

seluruh kelas terus diam, dan meneruskan kerja masing-masing...



Disini saya cuba aplikasikan Teknik Nabi Menerangkan dan Tidak Menegur

Apabila Nabi Muhammad memberi komen ke atas perbuatan yang salah, beliau menggunakan ayat penerangan. Beliau tidak menggunakan ayat teguran ataupun ayat larangan.

Ayat penerangan hanya menerangkan perbuatan yang betul ataupun yang salah. Kesalahan itu tidak dikaitkan dengan diri sesiapa. Manakala ayat teguran ditujukan kepada diri orang yang bersalah, oleh itu ia menggunakan perkataan 'kamu', dan ia menuduh diri orang yang ditegur itulah yang bersalah. Ayat larangan pula menggunakan perkataan 'jangan'.

Contoh ayat penerangan: Di dalam masjid tidak boleh berbual-bual hal dunia.
Contoh ayat teguran: Kenapa kamu berbual-bual hal dunia di dalam masjid?
Contoh ayat larangan: Jangan berbual-bual hal dunia di dalam masjid.

Dalam rekod-rekod sejarah, terdapat banyak catatan yang menunjukkan Nabi Muhammad tidak menegur orang-orang yang melakukan kesalahan.

Catatan sejarah di bawah ini menujukkan ayat penerangan yang digunakan oleh Nabi Muhammad apabila berlaku peristiwa orang kampung kencing dalam masjid.

Anas bin Malek melaporkan, pada suatu masa dia dan orang-orang lelaki lain sedang berada di dalam masjid bersama-sama Nabi Muhammad. Tiba-tiba masuklah seorang lelaki Arab dari kampung ke dalam masjid, lalu lelaki itu berdiri dan membuang air kecil. Melihat kejadian itu, sahabat-sahabat Nabi yang ada di situ terus mengherdik lelaki tersebut. Sebaliknya, Nabi Muhammad berkata, “Jangan buat dia terhenti kencingnya. Biarkan sahaja.” Lalu semua yang ada membiarkan sahaja orang kampung itu menghabiskan kencingnya. Selepas itu Nabi Muhammad memanggil lelaki itu dan berkata kepadanya, “Sesungguhnya, di dalam masjid ini tidak boleh kencing ataupun membuang sedikit pun kotoran, sebaliknya hanya boleh berzikir mengingati Allah Azza wajalla, bersembahyang, dan membaca Quran.” Kemudian, Nabi Muhammad menyuruh salah seorang yang ada pergi mengambil air setimba, lalu disirami kecing itu. - Hadith No. 186 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam peristiwa itu, kata-kata yang Nabi Muhammad gunakan bagi memberitahu lelaki itu peraturan di dalam masjid adalah: “Sesungguhnya, di dalam masjid ini tidak boleh kencing ataupun membuang sedikit pun kotoran, sebaliknya hanya boleh berzikir mengingati Allah Azza wajalla, bersembahyang, dan membaca Quran.”

Ciri-ciri kata-kata Nabi Muhammad itu:

1. Nabi Muhammad tidak menyebut perkataan 'kamu' kepada pesalah kencing dengan berkata:

* "Kamu tidak boleh kencing di dalam masjid."
* "Kamu jangan kencing di dalam masjid."
* "Masjid bukan tempat kamu kencing."

Tanpa menyebut perkataan 'kamu', kata-kata Nabi Muhammad itu berbentuk umum, yakni boleh ditafsirkan ia ditujukan kepada semua orang yang ada di situ pada waktu itu.

Ayat yang menggunakan perkataan 'kamu' adalah ayat yang ditujukan kepada diri orang itu, ertinya teguran ditujukan kepada diri, bukan ditujukan kepada perbuatan. Ayat 'kamu' menjatuhkan maruah orang yang ditegur.

2. Nabi Muhammad tidak menasihati lelaki itu dengan berkata:

* "Lain kali kamu jangan kencing lagi di dalam masjid."
* "Ingat, ya. Masjid bukan tempat kencing."

3. Nabi tidak memberi amaran dengan berkata:

* "Kali ini saya maafkan, lain kali jangan diulang lagi."
* "Kalau kamu buat lagi, kamu basuh sendiri kencing kamu itu."

4. Nabi tidak memarahi dengan berkata:

* "Kamu pengotor!"
* "Takkanlah kamu tak tahu ini masjid, bukan tandas!"


sumber: Analisis Hadith Psikologi

***dalam kes ini, saya bersyukur sebab saya tidak cepat melenting dengan menegur kesalahan pelajar mengejek ibu dan ayah rakan yang lain, sebaliknya menggunakan teknik nabi dengan menerangkan perbuatan yang mereka lakukan itu adalah salah...***