Friday, January 11, 2013

Mendorong Murid Corot: Kelas Yang Paling Saya Sayangi

Lokasi: 3 HARMONI (Kelas yang paling saya sayangi)

sedang saya memantau kerja yang diberikan, tiba-tiba semua murid lelaki yang duduk ditepi tingkap menoleh ketingkap sambil berbisik-bisik.

Melihat situasi itu, saya bergerak ke belakang kelas untuk melihat apa yang berlaku, rupanya murid tingkatan 4 yang sedang rehat cuba untuk keluar dari kawasan sekolah, tetapi di halang oleh pengawal keselamatan di hadapan pagar sekolah... berlakulah sedikit balas membalas kata dan suasana menjadi bising...

saya kembali bergerak kehadapan, menarik nafas dan memulakan bicara...

"murid yang baik adalah murid yang menumpukan perhatian di dalam kelas dan menghormati orang lain"

serentak dengan itu, semua murid lelaki menoleh melihat saya, dan meneruskan kerja masing-masing tanpa berkata apa-apa...

melihat situasi itu... saya menambah... "saya sayang anak-anak murid saya dalam kelas ini, sebab semuanya baik dan mendengar kata... semoga Allah berikan kamu kelapangan untuk menerima ilmu yang semua cikgu sampaikan"

mereka semua tersenyum dan meneruskan kerja... =)

disini saya mengaplikasikan dua teknik... teknik yang pertama adalah teknik menerangkan peraturan dan yang kedua adalah teknik memberi ganjaran.

untuk teknik menerangkan peraturan, saya sandarkan hadith Badwi Kencing Di Dalam Masjid

Anas bin Malek melaporkan, pada suatu masa dia dan orang-orang lelaki lain sedang berada di dalam masjid bersama-sama Nabi Muhammad. Tiba-tiba masuklah seorang lelaki Arab dari kampung ke dalam masjid, lalu lelaki itu berdiri dan membuang air kecil. Melihat kejadian itu, sahabat-sahabat Nabi yang ada di situ terus mengherdik lelaki tersebut. Sebaliknya, Nabi Muhammad berkata, “Jangan buat dia terhenti kencingnya. Biarkan sahaja.” Lalu semua yang ada membiarkan sahaja orang kampung itu menghabiskan kencingnya. Selepas itu Nabi Muhammad memanggil lelaki itu dan berkata kepadanya, “Sesungguhnya, di dalam masjid ini tidak boleh kencing ataupun membuang sedikit pun kotoran, sebaliknya hanya boleh berzikir mengingati Allah Azza wajalla, bersembahyang, dan membaca Quran.” Kemudian, Nabi Muhammad menyuruh salah seorang yang ada pergi mengambil air setimba, lalu disirami kecing itu. - Hadith No. 186 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Dalam peristiwa itu, kata-kata yang Nabi Muhammad gunakan bagi memberitahu lelaki itu peraturan di dalam masjid adalah: “Sesungguhnya, di dalam masjid ini tidak boleh kencing ataupun membuang sedikit pun kotoran, sebaliknya hanya boleh berzikir mengingati Allah Azza wajalla, bersembahyang, dan membaca Quran.”

Ciri-ciri kata-kata Nabi Muhammad itu:

1. Nabi Muhammad tidak menyebut perkataan 'kamu' kepada pesalah kencing dengan berkata:

* "Kamu tidak boleh kencing di dalam masjid."
* "Kamu jangan kencing di dalam masjid."
* "Masjid bukan tempat kamu kencing."

Tanpa menyebut perkataan 'kamu', kata-kata Nabi Muhammad itu berbentuk umum, yakni boleh ditafsirkan ia ditujukan kepada semua orang yang ada di situ pada waktu itu.

Ayat yang menggunakan perkataan 'kamu' adalah ayat yang ditujukan kepada diri orang itu, ertinya teguran ditujukan kepada diri, bukan ditujukan kepada perbuatan. Ayat 'kamu' menjatuhkan maruah orang yang ditegur.

begitu juga saya... saya tidak menyebut "kamu semua" sebaliknya saya terangkan peraturan secara umum


"murid yang baik adalah murid yang menumpukan perhatian di dalam kelas dan menghormati orang lain"
ciri-ciri Nabi Muhammad yang lain menurut hadith ini adalah:

2. Nabi Muhammad tidak menasihati lelaki itu dengan berkata:

* "Lain kali kamu jangan kencing lagi di dalam masjid."
* "Ingat, ya. Masjid bukan tempat kencing."

3. Nabi tidak memberi amaran dengan berkata:

* "Kali ini saya maafkan, lain kali jangan diulang lagi."
* "Kalau kamu buat lagi, kamu basuh sendiri kencing kamu itu."

4. Nabi tidak memarahi dengan berkata:

* "Kamu pengotor!"
* "Takkanlah kamu tak tahu ini masjid, bukan tandas!"


manakala untuk teknik yang kedua, iaitu teknik memberi ganjaran, saya aplikasikan berdasarkan Hadith 'Nabi Tidak Dapat Tidur' 

Aisyah melaporkan, katanya, "Pada suatu malam Rasulullah tidak dapat tidur. Lalu beliau berkata, 'Mudah-mudahan ada lelaki soleh daripada kalangan sahabatku yang akan datang menjagaku pada malam ini.' Kemudian kami terdengar bunyi senjata. Rasulullah bertanya, 'Siapakah itu?' Orang itu berkata, 'Saad bin Abu Waqas, wahai Rasulullah.' Rasulullah bertanya, 'Apakah yang membuatkan saudara datang?' Saad menjawab, 'Terdetik dalam diri saya perasaan risau tentang Rasulullah. Lalu saya datang bagi menjaga tuan.' Rasullullah berdoa untuknya, kemudian tidur." - Hadith ini terdapat dalam rekod koleksi sahih Muslim

Nota: Dalam rekod lain dicatatkan bahawa Aisyah melaporkan Nabi Muhammad tidur sampai dia dapat mendengar dengkurannya.

Analisis hadith:

1. Hadith ini menunjukkan teknik bagaimana Nabi Muhammad menyatakan rasa penghargaan kepada seseorang yang telah melakukan kebaikan kepada beliau.

2. Dalam hadith ini Saad bin Abu Waqas secara sukarela menjadi pengawal peribadi dan dia menjaga keselamatan Nabi Muhammad semasa beliau tidur.

3. Nabi Muhammad tidak berkata "Terima kasih." kepada Saad.

4. Nabi Muhammad membalas perbuatan baik Saad itu dengan membacakan doa untuknya.

5. Prinsip yang penting dalam hadith ini adalah: Budi baik dibalas dengan budi baik, bukan dengan ucapan 'terima kasih'.

i. Saad bin Abu Waqas melakukan budi baik untuk Nabi Muhammad. Dia menjaga keselamatan Nabi Muhammad.

ii. Nabi Muhammad membalas budi baik Saad itu dengan melakukan budi baik juga untuk Saad. Beliau membaca doa untuk Saad.

dan disini saya menggunakan teknik yang sama, iaitu mendoakan murid saya:

 "saya sayang anak-anak murid saya dalam kelas ini, sebab semuanya baik dan mendengar kata... semoga Allah berikan kamu kelapangan untuk menerima ilmu yang semua cikgu sampaikan"

sumber: Analisis Hadith Psikologi

No comments:

Post a Comment