Friday, January 4, 2013

Mendorong Murid Corot: Firdaus Sudah Beli Buku

Kisah kedua pada hari pertama persekolahan

saya masuk ke 3 Harmoni, di dalamnya hanya terdapat 9 murid lelaki dan 19 murid perempuan... untuk permulaannya, saya menerangkan kepada murid mengenai buku kerja yang perlu diberi untuk mata pelajaran saya...

"untuk mata pelajaran Sains, kamu memerlukan buku kerja, jadi cikgu minta kamu membeli buku kerja sains di koperasi sekolah" terang saya kepada murid-murid 3 Harmoni

tiba-tiba, Firdaus, murid yang memang dikenali dengan “kaki ponteng” serta nakal mengangkat tangan dan berkata

"cikgu, saya sudah beli... " kata beliau sambil mengangkat buku tersebut
reaksi spontan saya: "bagus Firdaus, kerana telah membeli buku tersebut lebih awal... saya berharap murid lain dapat mencontohi Firdaus"

Firdaus tersenyum bangga...

keesokkannya, Alhamdulillah Firdaus masuk makmal duduk di meja hadapan, hanya dia seorang sahaja yang duduk dihadapan, manakala pelajar - pelajar lelaki yang lain duduk di meja belakang sekali... saya memuji Firdaus

"Bagus Firdaus sebab memilih untuk duduk di hadapan, insyaAllah ilmu yang akan cikgu sampaikan akan sampai kepada Firdaus dahulu sebab Firdaus duduk di hadapan"

tidak sampai 10 minit, 8 orang murid lelaki yang lain bangun dan bergerak duduk bersama Firdaus di hadapan...




Disini, saya menggunakan teknik memuji gaya nabi, Ciri-ciri pujian Nabi Muhammad:

1. Pilih satu kebaikan yang dilakukan oleh orang itu dan berikan pujian serta-merta serta secara terbuka supaya pelajar-pelajar lain dapat mendengarnya.

Sebagai contoh, saya memuji Firdaus untuk memberi dorongan kepada beliau seterusnya mendorong murid - murid lain untuk berpindah ke hadapan

2. Pujian itu ditujukan kepada hasil kerja yang dilakukan oleh orang itu, bukan ditujukan kepada diri orang itu.

Contoh pujian yang ditujukan kepada hasil kerja:
"Bagus Firdaus sebab memilih untuk duduk di hadapan (saya puji perbuatan Firdaus yang duduk dihadapan)

Contoh pujian yang ditujukan kepada diri orang itu:
"Kamu pandai menulis dengan kemas." (SALAH)
"Kamu rajin menjawab semua soalan." (SALAH)
"Kamu mempunyai bakat melukis yang baik." (SALAH)

3. Dalam pujian itu nyatakan impak positif perbuatan yang dipuji.
Perkataan 'impak' (impact) bermakna kesan yang terhasil daripada perbuatan yang dilakukan. Sebagai contoh, tulisan pelajar yang kemas menghasilkan impak karangannya dapat mudah dibaca oleh guru.

"insyaAllah ilmu yang akan cikgu sampaikan akan sampai kepada Firdaus dahulu sebab Firdaus duduk di hadapan" (impak yang saya berikan kepada Firdaus) 

Aplikasi pujian,:
1. Puji serta-merta .
2. Puji kebaikan tindakan/perbuatan/hasil kerja
3. Menyatakan Impak perbuatan/tindakan positif.


***terus terang, dulu saya kurang yakin dengan teknik ini... tapi sekarang sedikit demi sedikit saya mula melihat perubahannya... moga Allah beri saya kekuatan untuk istiqamah dalam berusaha untuk menjadi guru yang baik***


No comments:

Post a Comment