Friday, January 4, 2013

Mendorong Murid Corot: Hari Pertama 3 Restu

lokasi: 3 Restu (saya guru tingkatan 3 Restu)

saya masuk ke kelas untuk pertama kali... melihat papan putih penuh dengan contengan... selepas murid memberi salam dan membaca doa, saya memulakan bicara

saya: ada sesiapa boleh bantu saya memadam papan putih?

suasana diam... masing-masing berpandangan dan tersenyum... saya tahu sebenarnya ada yang mahu bangun tetapi malu sebab tiada pemadam papan putih. saya meneruskan bicara

saya: ada sesiapa boleh bantu saya memadam papan putih? Allah suka orang yang bersukarela (sebenarnya ayat ni keluar secara spontan)

Alhamdulillah akhirnya ada seorang murid lelaki bangun dan mengambil kertas kotor dibawah mejanya dan memadam papan putih. selesai sahaja dia memadam papan putih, saya menyambung

saya: terima kasih, sebab sudi membantu cikgu... semoga Allah merahmati kamu...


saya tidak marah dan mengkritik murid yang tidak mahu memadam papan putih, sebaliknya saya memuji murid yang mahu membantu saya memadam papan putih... 

pujian ini saya berikan berdasarkan kepada "Hadith 12 Malaikat"

berdasarkan "Hadis 12 Malaikat" ini, Nabi menutup mata kepada kesalahan yang dilakukan oleh lelaki tersebut, sebaliknya memuji perkara baik yang dilakukannya

Kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu:1. Lelaki itu datang lambat. Orang lain sudah mula bersembahyang dia baru sampai dalam keadaan terkocoh-kocoh.2. Dia bercakap kuat di dalam masjid sampai Nabi Muhammad yang khusyuk itu pun dapat mendengar suaranya.3. Apabila ditanya oleh Nabi Muhammad, siapa yang bercakap kuat tadi, dia tidak mengaku.

Kebaikan yang dilakukan oleh lelaki itu:  1. Datang lambat bukanlah perbuatan berdosa, cuma kuranglah pahalanya. Walaupun dia datang lambat, tetapi dia datang juga ke masjid. 2. Dia sempat ikut sembahyang berjemaah. 3. Walaupun dia bercakap kuat, tetapi kata-kata yang diucapkannya adalah kata-kata yang bagus, kerana dia memuji-muji Allah.4. Walaupun dia lambat, sampai dalam keadaan terkocoh-kocoh dan termengah-mengah, dia tetap ingat kepada Allah, dan mulutnya memuji-muji Allah.5. Tidak ada sesiapa menyuruh dia berzikir tetapi dia mengambil inisiatif melakukan perbuatan baik itu.6. Seni kata dalam bacaan zikirnya itu adalah ciptaannya sendiri.


***saya masih belajar untuk apply teknik nabi ini, saya cuba untuk buat sesuatu yang bukan rutin saya... agak berat, tapi insyaAllah saya akan cuba lagi... ***

No comments:

Post a Comment